Cari Blog Ini

Selasa, 22 November 2011

Pengalaman Hari Pertama

As-salam....syukur...akhirnya dapat juga saya menghabiskan hari-hari pertama saya dengan jayanya apabila dapat berpraktikal sambil mengutip pengalaman di sebuah syarikat jurukur berlesen swasta yang bernama Jurukur Prograsif yang dimiliki oleh En. Haji Wan Abdul Latif.Kalau diikutkan syarikat ini sudah lama ditubuhkan..kalau tak silap saya lebih kurang 5 tahun.Pada waktu itu,penubuhan syarikat tersebut tidaklah begitu  kukuh memandangkan syarikat itu baru ditubuhkan dan selepas 5 tahun,akhirnya syarikat tersebut memberanikan diri untuk berdikari sendiri.Pada waktu permulaan,syarikat tersebut terdiri daripada 5 orang staf dan 1 pasukan kerja luar.

                                                                HARI PERTAMA


Pada hari saya mendaftarkan diri,saya terus diberi taklimat oleh pemilik syarikat tersebut.Saya berpraktikal bersama-sama seorang kawan saya.Selepas diberi taklimat,kami terus diperkenalkan kepada staf-staf yang bertugas.Sejurus itu kami meminta kebenaran pemilik syarikat untuk pergi ke syarikat ayah saya bagi menyelesaikan beberapa tugasan mengenai praktikal yang akan kami lakukan.Selepas itu kami terus pulang kembali ke syarikat tersebut.

Pada hari pertama mungkin agak membosankan memandangkan kerja tidak banyak yang perlu dilakukan dek kerana waktu akhir bulan dan cuaca yang tidak menentu yang melanda di negeri Terengganu.Saya mengambil masa yang terluang dengan bertanya khabar dengan kawan saya terebut memandangkan hampir 2 bulan tidak bertemu.Macam-macam yang saya tanyakan seperti suasana ketika khemah ukur dilakukan dan mengenai pensyarah-pensyarah yang masih berada di UiTM.

Pada waktu petangnya kami diberi tugasan bagi mewarna pelan-pelan yang dimohon.Mewarna pelan dilakukan bagi membezakan antara lot-lot tanah yng dikehendaki,jalan yang sedia ada dan jalan yang diperuntukkan.Kami mengambil masa lebih kurang 2 jam memandangkan pelan-pelan tersebut banyak.Selesai sahaja kerja tersebut kami dibenarkan pulang seiring dengan tamatnya waktu pejabat iaitu pukul 5.15 petang.

                                                                HARI KEDUA


Pada hari kedua kami sepatutnya ditugaskan untuk melakukan kerja lapangan iaitu kerja-kerja mengambil offset bangunan di Kampung Pulau Manis,Telemong yang saya sendiri tidak pasti berada di mana.Oleh kerana cuaca di kawasan kerja tidak mengizinkan....kami terpaksa pulang awal.Lagipun jika kami masih menunggu di sana,mungkin hanya sia-sia.Oleh sebab itulah,kami terpaksa pulang sambil mengharapkan esok harinya mungkin kami dapat melakukan kerja-kerja lapangan memandangkan kami sendiri tidak sabar-sabar untuk menimba pengalaman.




Sekian sahaja....as-salam

1 ulasan: