Antaranya :
مَنْ جَدَّ وَجَدَ
Terjemahannya : Siapa yang berusaha, maka dia akan dapat.
Maksudnya : Orang yang rajin akan berjaya. Jadi pepatah ni lahir daripada adat kebiasaan manusia, kalau seseorang itu ada matlamat dan rajin berusaha, maka dia akan dapat apa yang dia hajati. Pepatah yang ada makna lebih kurang dengan pepatah ni adalah :
مَنْ زَرَعَ حَصَدَ
Terjemahannya : Siapa yang menanam, maka dialah yang akan menuai hasilnya.
Maksudnya : Menurut adat kehidupan ni, seseorang yang menanam, maka dia jugalah yang akan menuainya. Dia yang berusaha, maka dia jugalah yang akan peroleh hasil tanamannya. Jadi pepatah ini juga satu simbol merujuk kepada sesiapa yang ada matlamat dan berusaha, maka dia akan peroleh apa yang dia hajat.
Sesiapa yang ingin berusaha mendapatkan sesuatu, maka pastikan "sesuatu" itu adalah perkara yang baik, berusaha... kerajinan itu adalah suatu kurniaan daripada Allah SWT bukan atas kehendak dan qudrat kita sendiri. Jadi apabila sedang berusaha dan setelah memperoleh "sesuatu" itu hendaklah disematkan di dalam hati semua itu atas izin Allah bukan atas usaha diri sendiri. Sebaik-baik usaha adalah beribadat kerana Allah, dan sebaik-baik hasil adalah redha Allah.
الوَقْتُ كَالسَّيفِ
Terjemahannya : Waktu itu diibaratkan seperti pedang yang tajam.
Maksudnnya : Waktu itu amat penting sekali dan ia akan berlalu dengan pantas sekali. Kadang-kadang kita sendiri tidak sedar yang waktu itu sudah berlalu kerana terlalu asyik dengan sesuatu pekerjaan yang melalaikan kita tambahan daripada pepatah ini yang berbunyi, jika kamu tidak memotongnya, maka dia akan memotong kamu". Bererti jika kita tidak memanfaatkan waktu dengan baik, maka ia akan berlalu begitu sahaja sehingga membuatkan kita menyesal apabila dikenang-kenangkan kembali. maka penyesalan kita itu seperti suatu "sembelihan" yang telah waktu lakukan ke atas kita.
Yang berdekatan dengan pepatah ini adalah :
الوقت من الذهب
Terjemahannya : Waktu itu sebahagian daripada emas.
Maksudnya : waktu itu sungguh berharga, sehinggakan harganya diumpamakan emas dan ada ketika ia lebih mahal daripada emas. sungguh tinggi sekali nilainya. Walaupun waktu itu mahal, setiap manusia memilikinya dan akan memilikinya, apabila sudah dimiliki maka mestilah ia dimanfaatkan dengan baik sekali supaya tidak berasa rugi apabila ia berlalu. Pastikan emas itu diniagakan dengan perniagaan yang menguntungkan supaya tidak berasa rugi apabila perniagaan sudah selesai. Pastikan waktu itu digunakan untuk perkara yang bermanfaat dan tidak dihabiskan kepada sesuatu yang merugikan kerana nilaian waktu itu amat tinggi.
Renung-renungkan dan selamat beramal...sekian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan