Untuk ziarah pulak,rombongan saya pergi ke Bukit Uhud yang semua sedia maklum menjadi saksi antara perang Nabi Muhammad S.A.W menentang orang musyrikin.Di sini juga terletak tanah perkuburan para syuhada termasuklah bapa saudara Nabi kita sendiri iaitu Saidina Hamzah.Sayu apabila terkenangkan peristiwa tersebut.Saya perasan juga yang ada yang menangis di tanah kuburan itu.Selepas itu,rombongan saya pergi ke Masjid Qiblataian iaitu masjid yang mempunyai 2 arah kiblat.Cerita disebalik masjid ini sungguh menarik kerana masjid ini mempunyai 2 arah kiblat.1 menuju ke Kaabah dan lagi 1 menuju ke Masjid Al-Aqsa di Palestin.
Selepas selesai bersiap-siap,maka saat yang ditunggu sudah tiba.Rombongan saya akan berangkat ke Makkah.Perjalanan yang mengambil masa 8 jam terasa begitu cepat dek kerana keinginan yang tinggi untuk berada di rumah Allah.Selepas berniat ihram di miqat,rombongan saya terus bertolak ke Masjidil Haram yang terletak 20km dari miqat tersebut.Sampai sahaja di tempat penginapan...saya dan ayah saya terus pergi ke Masjidil Haram untuk menunaikan umrah,tawaf selamat datang dan solat hajat disana.Pertama kali saya melihat Kaabah di depan mata,saya menangis kerana tidak menyangka akhirnya dapat juga saya menjejakkan kaki ke tanah suci setelah sekian lama memendam hasrat untuk pergi ke sana.
Sewaktu saya pergi ke Makkah,Masjidil Haram masih dalam proses menaik taraf bangunan dan tempat sai'e.Hampir semua hotel di kawasan sekitar dirobohkan kecuali Hotel Hilton yang terletak di pintu masuk masjid.Aktiviti pagi saya dipenuhi dengan membaca Al-Quran,solat hajat dan sunat serta jika berkesempatan melaksanakan ibadah umrah.Di waktu malam pula,saya dan ayah saya berjalan-jalan di sekitar bandar Makkah ditemani kawan ayah saya yang sememangnya begitu arif dengan kawasan Maakah.Nama beliau adalah Haji Rusdi.Beliau juga yang telah membawa kami makan nasi mandy yang lazat serta makan aiskrim arab.Oleh kerana waktu malamnya begitu singkat berbanding Malaysia,kami terpaksa menyingkatkan masa lawatan kami pada waktu malam.
![]() |
Kaabah sedang dibaik pulih |
![]() |
Sempat merakam dari jauh |
Kami berangkat meninggalkan kota suci Makkah dengan menaiki bas untuk ke lapangan terbang di Jeddah.Selepas selesai urusan dengan imigresen,rombongan saya terus meninggalkan tanah suci tersebut.Sebelum saya masuk ke dalam kapal terbang,saya sempat menoleh ke arah matahari jatuh dan saya berkata dalam hati yang saya akan datang ke sini lagi jika diberi peluang.Rombongan saya menaiki pesawat Sri Lankan Airways dan terpaksa 'transit' di Sri Lanka sekali lagi sebelum pulang ke Kuala Lumpur.Sesampai sahaja saya di rumah,saya menjadi orang yang baru dengan kepala yang botak.
Sememangnya umrah kali ini saya pergunakan sebaik-baiknya dengan meng'khatam'kan Al-Quran dan berjaya melaksanakan ibadat umrah sebanyak 3 kali.Saya berharap pada waktu yang akan datang,saya dapat lagi menjejakkan kaki ke tanah suci.Inshallah kali ini mungkin dengan gelaran 'haji'.Walau apapun terjadi,saya hanya mampu berdoa untuk pergi lagi ke sana.
![]() |
Bersamalah kita memohon untuk dapat pergi ke sana |
Sekian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan