![]() |
Masjidil Haram...begitu dirindui |
Masih ingat lagi kali pertama saya menjejakkan kaki ke tanah suci pada tahun 2008 iaitu selepas SPM.Sesuatu pengalaman yang sukar dilupakan kerana ini adalah impian saya sejak kecil untuk pergi melihat Kaabah di depan mata saya sendiri.Saya bertolak ke sana ditemani oleh ayah saya sendiri bagi memberi bimbingan kerana kali pertama ke sana.Bertolak dari KLIA menerusi penerbangan Sri Lankan Airways,saya dan ayah terpaksa bermalam di pinggir bandar Sri Lanka iaitu bandar Nirgambo.Di sana saya sempat berbual dengan beberapa orang penduduk di sana yang menceritakan peristiwa hotel yang menginap dilanda thusnami.Memang seram sejuk apabila mendengar kisah mereka kerana tempat mereka dinaiki air setinggi paras pinggang.Ini menyebabkan seorang wanita tua meninggal kerana lemas.Saya juga berjalan-jalan di sekitar hotel saya dan saya perasan 1 benda yang menarik minat saya iaitu masjid dan gereja di sana terletak sebelah menyebelah dan masyarakat di sana hidup aman tanpa memikirkan soal berlainan agama.Ini menandakan walaupun berlainan agama,mereka masih boleh menjalankan hidup seperti biasa.Kesan daripada thusnami memang meninggalkan kesan yang begitu mendalam dalam setiap masyarakat di sana.Lewat petang,saya melihat ramai kanak-kanak bermain kriket sambil saya memerhatikan keindahan matahari terbenam di Sri Lanka.Sungguh menakjubkan apabila melihat ciptaan Allah.
![]() |
Suasana di sana yang sungguh mengasyikkan |
Selepas 1 malam saya di Sri Lanka,maka rombongan saya terus berangkat ke tanah suci melalui penerbangan Sri Lankan Airways dari Colombo ke Jeddah yang mengambil masa lebih kurang 3 jam.Sampai sahaja saya di Jeddah saya merasakan 1 perasaan yang bercampur baur.Mau sahaja saya sujud syukur di sana kerana akhirnya dapat jugak saya menjejakkan kaki ke tanah suci.Sampai sahaja di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz,saya dan ayah saya terus ke kaunter kastam dan sememangnya begitu ramai orang yang ingin menunaikan umrah yang lengkap berpakaian ihram.Rombongan saya tidak perlu lagi memakai ihram kerana rombongan saya akan bertolak ke Madinah dahulu sebelum ke Makkah.Selepas selesai semua urusan di kaunter saya dan ayah saya terus ke bas.Waktu di Jeddah sudah menunjukkan waktu pukul 10 malam sedangkan waktu di jam saya menunjukkan waktu 5 pagi waktu malaysia.Tidak hairanlah saya begitu mengantuk apabila tiba di sana.
Selepas itu rombongan saya terus keluar dari Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz dan destinasi yang dituju adalah Kota Nabi Muhammad iaitu Kota Madinah.Perjalanan ini mengambil masa lebih kurang 8 jam melalui jalan darat.Jika dibandingkan....Jeddah memang dekat dengan Makkah tetapi jauh dengan Madinah.Lebih kurang pukul 12 tengah malam,kami berhenti sebentar bagi mengisi perut dan membuat segala urusan yang masih belum selesai.Selepas itu kami terus bertolak ke Madinah dan tiba di kota Nabi pada pukul 5 pagi.Setelah itu,kami diberikan bilik penginapan masing-masing dan saya tinggal bersama ayah dan juga seorg kawan ayah saya.Selepas mandi,saya,ayah dan kawan ayah saya terus turun ke bawah dan pergi ke Masjid Nabawi yang terletak lebih kurang 500 meter dari tempat yang saya tinggal.Sememangnya suasana di sana begitu berbeza.Saya juga bersyukur kerana akhirnya dapat juga pergi ke Masjid Nabawi.
sampai di sini dahulu..nantikan sambungannya nanti
Good.. tapi better kalau tambah lagi perenggan sbb ayat mu banyak sangat.. huhu
BalasPadam