Cari Blog Ini

Jumaat, 25 November 2011

Ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara

As-salam

Memandangkan Awal Muharram bakal menjelang tiba dalam beberapa hari sahaja nanti,maka dengan ini saya mengucapkan Selamat Menyambut Awal Muharram.Diharap pada tahun baru nanti..kita mampu berubah ke arah yang lebih baik.Di sini saya ingin membincangkan mengenai satu hadis nabi yang berbunyi (kalau silap mohon pembetulan) "Hendaklah kamu bersedia tentang 5 perkara sebelum datang kepada kamu 5 perkara iaitu Pergunakan masa mudamu sebelum datang masa tuamu,Pergunakan masa luangmu sebelum datang masa sibukmu,Pergunakan waktu sehatmu sebelum datang waktu sakitmu,Pergunakanlah waktu kayamu sebelum datang waktu miskinmu,Pergunakan hidupmu sebelum datang matimu."diriwayatkan Imam Hakim dalam kitab al-Mustadrak....Di sini saya akan menerangkan 1 per satu pengenai perkara tersebut...




1. “Pergunakan masa mudamu sebelum datang masa tuamu”.

Masa muda hendaklah dipergunakan dengan sebaik-baiknya untuk mencapai kebaikan, kecemerlangan, dan penghasilan, kerana masa mudalah kita mempunyai matlamat, keinginan dan cita-cita yang ingin kita capai, bukan bererti masa tua menghalang kita untuk terus berusaha mencapai keinginan kita, tapi semestinya usaha masa tua akan memberi hasil yang berbeza dengan usaha sewaktu kita masih muda. Maka dari itu masa muda hendaklah diisi dengan perbagai kegiatan yang bermanfaat supaya tidak menyesal di kemudian hari.
2. “Pergunakan masa luangmu sebelum datang masa sibukmu”.

Disini kita dianjurkan untuk menghargai waktu, agar dapat diisi dengan hal-hal yang bermanfaaat baik untuk diri sendiri maupun orang lain. Misalnya, melihat saudara kita ketika ada kesempatan dan kelapangan sebelum kesibukan menghampiri kita, hingga tidak sempat lagi untuk sekadar mengunjungi saudara kita sendiri.
3. “Pergunakan waktu sehatmu sebelum datang waktu sakitmu”.

Hal ini juga mengajak kita agar kita senantiasa waspada dan berhati-hati dalam segala kemungkinan yang sifatnya diluar jangkauan norma-norma manusia, seperti  sakit. Sakit disini bukan sekadar sakit jasmani, tapi juga sakit rohani. Maka ketika kita sihat dari segi jasmani dan rohani, hendaknya kita senantiasa mempergunakannya untuk hal-hal yang bermanfaat tanpa membazirkan masa dengan perkara yang tidak penting.

4. “Pergunakanlah waktu kayamu sebelum datang waktu miskinmu”.

Tidak terlalu jauh perbezaan dari penjelasan di atas, ketika kekayaan ada pada kita, sebaik-baiknya harta yang berupa wang atau lainnya, maka hendaknya kita memanfaatkannya sebaik-baiknya, jangan menghambur-hamburkan dengan sia-sia.

5. “Pergunakan hidupmu sebelum datang matimu”.
Yang terakhir ini merupakan kesimpulan  dari empat perkara yang  diatas. Ketika kita diberi kehidupan maka hidup yang diberikan pada kita itu sebenarnya merupakan kesempatan yang tiada kali kedua. Kerana kesempatan hidup tidak akan datang untuk kedua kalinya. Kehidupan harus dijalani sesuai tuntutan kemaslahatannya.
Lima hal itu merupakan fokus misi dan visi hidup manusia, kerana kunci kecemerlangan itu terletak kepada bagaimana kita “mempergunakan kesempatan dengan sebaik-baiknya”.

Mempergunakan kesempatan adalah bentuk pasrah pada upaya & usaha, bukan pada hasil. Prinsip pasrah pada upaya & usaha akan membentuk jiwa yang teguh, mantap , kuat, dan tidak mudah putus asa. Apabila sampai satu ketika usaha kita belum menghasilkan target yang kita harapkan, maka kita tidak seharusnya putus asa, kerana kelebihan kita adalah berusaha. 

Sekian....

Rabu, 23 November 2011

Sorotan Sukan Sea 2011

Alhamdulilla....semalam merupakan hari terakhir Sukan Sea 2011 di Jakarta dan Palembang.Seperti yang dijangka tuan rumah iaitu Indonesia mengungguli carta pungutan pingat disebalik pelbagai kontroversi dan provokasi yang dipalit oleh Kontinjen Indonesia mahupun penyokong Indonesia sendiri.Sedikit info mengenai Sukan Sea adalah:-


1)Sukan Asia Tenggara (juga dikenali sebagai Sukan SEA), merupakan sebuah temasya sukan dwi-tahunan yang membabitkan 11 negara Asia Tenggara. Sukan ini berada dipimpin oleh Persekutuan Sukan Asia Tenggara dengan kerjasama Komiti Olimpik Antarabangsa (IOC) dan Majlis Olimpik Asia.
2)Pada asalnya, Sukan Asia Tenggara diberi nama Sukan Semenanjung Asia Tenggara atau Sukan SEAP. Pada 22 Mei 1958, semua delegasi dari negara semenanjung Asia Tenggara menghadiri Sukan Asia ke-3 di TokyoJepun untuk melakukan perjumpaan dan telah disetujui banyak pihak untuk mengadakan pertubuhan sukan ini. Sukan SEAP dibentuk konsepkan oleh Laung Sukhumnaipradit iaitu Naib Presiden Komiti Olimpik Thailand. Cadangan ini diterima dan sukan ini dipromosikan untuk negara semenanjung Asia Tenggara.


LOGO SUKAN SEA KALI NI
Pada pendapat saya...sukan sea kali ini mempunyai cukup banyak kelemahan dari segi kemudahan,makanan,mutu pengadilan malah perangai para penyokongnya terhadap pasukan pelawat termasuklah Malaysia sendiri.Yang terpaksa alami adalah para wartawan yang melakukan laporan tinjauan disepanjang Sukan SEA berlangsung.Bagi peserta pula...terpaksa menghadapi provokasi oleh peminat fanatik yang mungkin sedikit sebanyak mampu perasaan takut bagi bertanding tapi pada segi lain mampu menaikkan semangat seperti yang dialami oleh Pasukan Harimau Muda Malaysia.Mereka terpaksa menghadapi jutaan peminat fanatik Indonesia yang tidak putus-putus mengeji malah melakukan provokasi bagi menjatuhkan maruah negara seperti apabila lagu NEGARAKU didengarkan.Peminat Indonesia bukan sahaja tidak berdiri malah mengeji Malaysia dengan bermacam-macam perkataan yang tidak elok.Akan tetapi skuad Harimau Muda mampu mendiamkan jutaan peminat Indonesia dengan menewaskan pasukan Indonesia sebanyak 2 kali iaitu di peringkat kumpulan dan di peringkat final.Hasil dari kemenangan tersebut,skuad Harimau Muda terpaksa menaiki Barakuda sejenis kenderaan perisai bagi melindungi daripada perkara yang tidak diingini berlaku.

Disebalik sepanjang sukan sea berlangsung

Aksi  Asrarudin Putra Omar selepas menjaringkan gol

Semangat Malaysia

Kontinjen Malaysia pada hari ke 7

Skuad Malaysia meraikan kemenangan ketika menentang Thailand

Aksi peserta Malaysia melakukan lompatan

Pasukan keselamatan Indonesia meronda dengan kereta perisai
Pungutan dari segi pahagian sukan

Malaysia berada di tangga ke 4 dengan 59 emas
 Itu sahaja apa yang saya mampu tulis mengenai Sukan Sea kali ini.....saya bimbang kalau ditulis dengan lebih mendalam lagi ...susah untuk menjawapnya...tapi satu perkara yang ingin saya tegaskan yang penyokong Malaysia tidak seharusnya menyalahkan Ahmad Fakhri Saarani akibat tidak berjaya melakukan sepakan penalti dan banyak melepaskan peluang di hadapan gol.Akibat nama Ahmad Fakhri juga,saya juga terbabit sama dek kerana sama saya sama dengan nama pemain no 13 walaupun nombar yang saya minati adalah 23.Boleh dikatakan sambutan kali ini cukup berjaya kerana mampu menarik minat semua penyokong Indonesia bagi menyokong pasukan kesayangan mereka.

Suasana perasmian

Majlis Perasmian












Selasa, 22 November 2011

Pengalaman Hari Pertama

As-salam....syukur...akhirnya dapat juga saya menghabiskan hari-hari pertama saya dengan jayanya apabila dapat berpraktikal sambil mengutip pengalaman di sebuah syarikat jurukur berlesen swasta yang bernama Jurukur Prograsif yang dimiliki oleh En. Haji Wan Abdul Latif.Kalau diikutkan syarikat ini sudah lama ditubuhkan..kalau tak silap saya lebih kurang 5 tahun.Pada waktu itu,penubuhan syarikat tersebut tidaklah begitu  kukuh memandangkan syarikat itu baru ditubuhkan dan selepas 5 tahun,akhirnya syarikat tersebut memberanikan diri untuk berdikari sendiri.Pada waktu permulaan,syarikat tersebut terdiri daripada 5 orang staf dan 1 pasukan kerja luar.

                                                                HARI PERTAMA


Pada hari saya mendaftarkan diri,saya terus diberi taklimat oleh pemilik syarikat tersebut.Saya berpraktikal bersama-sama seorang kawan saya.Selepas diberi taklimat,kami terus diperkenalkan kepada staf-staf yang bertugas.Sejurus itu kami meminta kebenaran pemilik syarikat untuk pergi ke syarikat ayah saya bagi menyelesaikan beberapa tugasan mengenai praktikal yang akan kami lakukan.Selepas itu kami terus pulang kembali ke syarikat tersebut.

Pada hari pertama mungkin agak membosankan memandangkan kerja tidak banyak yang perlu dilakukan dek kerana waktu akhir bulan dan cuaca yang tidak menentu yang melanda di negeri Terengganu.Saya mengambil masa yang terluang dengan bertanya khabar dengan kawan saya terebut memandangkan hampir 2 bulan tidak bertemu.Macam-macam yang saya tanyakan seperti suasana ketika khemah ukur dilakukan dan mengenai pensyarah-pensyarah yang masih berada di UiTM.

Pada waktu petangnya kami diberi tugasan bagi mewarna pelan-pelan yang dimohon.Mewarna pelan dilakukan bagi membezakan antara lot-lot tanah yng dikehendaki,jalan yang sedia ada dan jalan yang diperuntukkan.Kami mengambil masa lebih kurang 2 jam memandangkan pelan-pelan tersebut banyak.Selesai sahaja kerja tersebut kami dibenarkan pulang seiring dengan tamatnya waktu pejabat iaitu pukul 5.15 petang.

                                                                HARI KEDUA


Pada hari kedua kami sepatutnya ditugaskan untuk melakukan kerja lapangan iaitu kerja-kerja mengambil offset bangunan di Kampung Pulau Manis,Telemong yang saya sendiri tidak pasti berada di mana.Oleh kerana cuaca di kawasan kerja tidak mengizinkan....kami terpaksa pulang awal.Lagipun jika kami masih menunggu di sana,mungkin hanya sia-sia.Oleh sebab itulah,kami terpaksa pulang sambil mengharapkan esok harinya mungkin kami dapat melakukan kerja-kerja lapangan memandangkan kami sendiri tidak sabar-sabar untuk menimba pengalaman.




Sekian sahaja....as-salam

Jumaat, 18 November 2011

Jom Belajar Pepatah Arab

Kata pepatah...memang biasa kita sendiri dengar dari orang-orang tua bahkan dari cikgu kita sendiri.Pepatah memang wujud cukup lama dan diperturunkan dari generasi ke generasi sampailah generasi sekarang.Dahulu kata pepatah digunakan bagi memberitahu seseorang dengan cara memerli atau memberi semangat kerana orang dulu-dulu memang terkenal dengan ayat-ayat yang cukup berkias.Jika di negara-negara barat,pepatah dipangil "idioms" lebih kurang macam itulah....kalau di negara-negara arab dipangil "قول" atau kawull.Pada kali ini kita membicarakan tentang pepatah arab dan kalau yang belajar di negara-negara arab mungkin biasa dengan pepatah yang seperti ini...


 Antaranya :

                                                                      مَنْ جَدَّ وَجَدَ
Terjemahannya : Siapa yang berusaha, maka dia akan dapat.

Maksudnya : Orang yang rajin akan berjaya. Jadi pepatah ni lahir daripada adat kebiasaan manusia, kalau seseorang itu ada matlamat dan rajin berusaha, maka dia akan dapat apa yang dia hajati. Pepatah yang ada makna lebih kurang dengan pepatah ni adalah :

مَنْ زَرَعَ حَصَدَ

Terjemahannya : Siapa yang menanam, maka dialah yang akan menuai hasilnya.

Maksudnya : Menurut adat kehidupan ni, seseorang yang menanam, maka dia jugalah yang akan menuainya. Dia yang berusaha, maka dia jugalah yang akan peroleh hasil tanamannya. Jadi pepatah ini juga satu simbol merujuk kepada sesiapa yang ada matlamat dan berusaha, maka dia akan peroleh apa yang dia hajat.

Sesiapa yang ingin berusaha mendapatkan sesuatu, maka pastikan "sesuatu" itu adalah perkara yang baik, berusaha... kerajinan itu adalah suatu kurniaan daripada Allah SWT bukan atas kehendak dan qudrat kita sendiri. Jadi apabila sedang berusaha dan setelah memperoleh "sesuatu" itu hendaklah disematkan di dalam hati semua itu atas izin Allah bukan atas usaha diri sendiri. Sebaik-baik usaha adalah beribadat kerana Allah, dan sebaik-baik hasil adalah redha Allah.

                                                                   الوَقْتُ كَالسَّيفِ

Terjemahannya : Waktu itu diibaratkan seperti pedang yang tajam.

Maksudnnya : Waktu itu amat penting sekali dan ia akan berlalu dengan pantas sekali. Kadang-kadang kita sendiri tidak sedar yang waktu itu sudah berlalu kerana terlalu asyik dengan sesuatu pekerjaan yang melalaikan kita tambahan daripada pepatah ini yang berbunyi, jika kamu tidak memotongnya, maka dia akan memotong kamu". Bererti jika kita tidak memanfaatkan waktu dengan baik, maka ia akan berlalu begitu sahaja sehingga membuatkan kita menyesal apabila dikenang-kenangkan kembali. maka penyesalan kita itu seperti suatu "sembelihan" yang telah waktu lakukan ke atas kita.

Yang berdekatan dengan pepatah ini adalah :

الوقت من الذهب

Terjemahannya : Waktu itu sebahagian daripada emas.

Maksudnya : waktu itu sungguh berharga, sehinggakan harganya diumpamakan emas dan ada ketika ia lebih mahal daripada emas. sungguh tinggi sekali nilainya. Walaupun waktu itu mahal, setiap manusia memilikinya dan akan memilikinya, apabila sudah dimiliki maka mestilah ia dimanfaatkan dengan baik sekali supaya tidak berasa rugi apabila ia berlalu. Pastikan emas itu diniagakan dengan perniagaan yang menguntungkan supaya tidak berasa rugi apabila perniagaan sudah selesai. Pastikan waktu itu digunakan untuk perkara yang bermanfaat dan tidak dihabiskan kepada sesuatu yang merugikan kerana nilaian waktu itu amat tinggi.

Sebagaimana dikatakan oleh para ulama, waktu itu adalah kehidupan, maka ia mesti dimanfaatkan pada sebaik-baik perkara. Sebaik-baik perkara itu pula adalah beribadat kerana Allah. Sesiapa yang membiarkan waktu-waktunya berlalu tanpa ingat dan zikir kepada Allah, maka ia adalah satu kerugian yang sangat besar.

Teringat pula lagu Raihan dan hadis nabi kita..."kejarla kamu kepada 5 perkara sebelum datang kepada kamu 5 perkara" iaitu:

Muda sebelum Tua
Sihat sebelum Sakit
Lapang sebelum Sempit
Kaya sebelum Miskin
Hidup sebelum mati  

Renung-renungkan dan selamat beramal...sekian

Rabu, 16 November 2011

Pasukan Kegemaranku

Fuhh....setelah sekian lama tidak mem'blog'..akhirnya dapat juga berkesempatan untuk menulis.Hari ini saya ingin memberitahu mengenai pasukan kegemaran saya dalam bidang bola sepak iaitu pasukan Manchester United atau lebih dikenali sebagai "The Red Devils".Boleh dikatakan saya agak fanatik dengan pasukan ini kerana setiap kali bermain "game" FIFA atau PES,saya mesti memilih pasukan ini.Walaupun pada waktu sekarang pasukan ini agak tidak konsistant dalam kejuaraan dalam negara iaitu BPL,tetapi saya tetap menaruh harapan yang pasukan ini mampu untuk berjaya sekali lagi seperti musim yang lepas.


Salah satu gergasi Eropah
Sedikit info mengenai kelab ini....Manchester United Football Club merupakan kelab bola sepak Inggeris terkenal, berpusat di Old Trafford di TraffordGreater Manchester, dan juga merupakan salah satu kelab sukan terkenal dengan lebih 50 juta peminat di serata dunia .Manchester United adalah merupakan salah satu kelab yang berjaya di dunia, dengan telah memenangi Liga Perdana Inggeris/Divisyen Pertama Liga Bola Sepak Inggeris sebanyak 15 kali, Piala FA 11 kali (rekod kelab Inggeris), Piala Liga dua kali, Piala Eropah dua kali, Piala Pemenang Piala UEFA sekali, Piala Antara Benua (Intercontinental Cup) sekali, dan Piala Super Eropah (European Super Cup) sekali. Kelab ini juga memegang purata tertinggi kehadiran penonton didalam sejarah bola sepak Inggeris sepanjang 34 musim, dengan pengecualian pada tahun 1987-89 semasa pembangunan semula Old Trafford. Kelab ini juga mendapat tempat kedua dalam undian "Kelab FIFA Abad ke-20", di belakang Real Madrid(berasaskan undian pembaca dwi-bulanan Majalah FIFA pada Disember 2000).
Semenjak tahun 1991, kelab ini telah beroperasi sebagai syarikat awam-berhad, dengan cubaan pengambilalihan oleh Rupert Murdoch pada tahun 1998 di sekat oleh Kerajaan British. Walau bagaimanapun, pada Mei 2005 Malcolm Glazer berjaya menyempurnakan pengambilalihan kelab dan mengeluarkan kelab dari senarai bursa saham.
Pengurus Manchester United pada ketika ini ialah Sir Alex Ferguson yang mengambil alih kelab pada 6 November 1986 setelah pemecatan Ron Atkinson. Kapten bagi Manchester United masa kini ialah Nemanja Vidic, mengambil alih dari Gary Neville pada 16 November 2005.
Saya begitu meminati kelab ini kerana beberapa faktor iaitu:-
1)Kehebatan Fergie atau Sir Alex Ferguson dalam menguruskan dan melatih pemain-pemain muda untuk menjadi pemain terbaik dunia.
2)Kehebatan Cristiano Ronaldo yang telah membawa kelab ini ke puncak kejayaan
3)Telah melahirkan pemain-pemain terbaik dunia iaitu Eric Cantona,Roy Keane,Ryan Giggs,Ruud van Nistelrooy,Cristiano Ronaldo,Nani,Wayne Rooney,Edwin van der Saar dan Nemanja Vidic
4)Merupakan antara kelab terkaya di dunia yang mampu menjana hampir £800 juta (lebih kurang $1.5 bilion atau RM5.5 bilion) setahun.
5)Telah memenangi banyak piala dan kejuaraan liga.


Saya mengenai kelab ini sewaktu saya berusia 12 tahun.Ketika itu saya menonton perlawanan bola sepak yang disertai kelab tersebut bersama abang saya.Saya melihat kelab ini begitu bagus dalam penguasaan bola dan hantaran jauh.Tidak disangka abang-abang saya pun adalah peminat kelab ini akan tetapi tidaklah sebegitu fanatik seperti saya.


Dari segi penajaan pada 23 November 2005 Vodafone telah menamatkan kontrak tajaan baju empat tahun £36 juta dengan Manchester United. Pada 6 April 2006, ketua eksekutif David Gill mengumumkanAIG sebagai penaja baju baru  Manchester United dengan rekod baru kontrak penajaan baju sebanyak £56.5 juta untuk dibayar dalam tempoh empat tahun (£14.1 juta setahun). Manchester United kini mempunyai penajaan kedua terbesar di dunia selepas Juventus dari liga Itali, yang mendapat kontrak dengan Tamoil dengan akses lebihan £15 juta setahun.Perjanjian empat tahun ini telah diumumkan sebagai penajaan terbesar dalam sejarah British, mengatasi perjanjian antara Chelsea dengan Samsung.


Sir Alex Ferguson mastermind kejayaan kelab

Sir Ryan Giggs lagenda kelab

Stadium Old Trafford gelanggang keramat kelab

 
Saya begitu berharap satu hari nanti saya dapat pergi ke stadium ini dan dapat berjumpa pemain yang begitu saya minati.Sampai disini sahaja...


Sekian...salam

Selasa, 8 November 2011

Inilah Kerjaku

Jika ditanya pasal sains geomatik...semua orang pasti tak tahu malahada yang merendah-rendahkan kursus ini.Sains Geomatik atau nama saintifiknya adalah Ukur Tanah merupakan kerja-kerja pengukuran tanah.Sebelum terbinanya rumah,para jurukur akan turun ke tapak pengukuran bagi menentukan sempadan tanah atau ketinggian sesuatu tanah.Bagi saya yang mengambil kursus ini,kursus ini cukup mencabar kerana terpaksa berjemur di tengah panas dan bermalam di hutan.Oleh sebab itulah ramai perempuan tidak berapa menyukai kursus ini.Kadang-kadang pelik jugak kerana yang mengambil kursus ini kebanyakannya perempuan dari lelaki.Bukan untuk merendah-rendahkan perempuan tetapi kebanyakan LS(Licensed Surveyor atau Jurukur Berlesen) lebih gemar mengambil lelaki untuk berkerja kerana perempuan akan ditempatkan di bahagian pelan berbanding bahagian kerja luar yang banyak yang kosong.

Disebabkan saya anak seorang LS di Terengganu,saya mengambil kursus ini bagi mengambil alih syarikat ayah saya kerana adik-beradik saya yang lain di dedahkan dengan kursus yang lain iaitu perubatan.Saya telah didedahkan tentang ukur tanah semasa saya lepas SPM sewaktu ayah saya menghantar saya untuk pergi mengukur di dalam hutan berdekatan dengan Kuala Berang.Sekarang sudah 4 tahun saya dalam bidang ini boleh dikatakan saya mungkin cekap sehingga diberi kepercayaan oleh ayah saya mengendalikan satu pasukan ukur (kerani) dan diberi PA(pelan akui) yang sama seperti kerani-kerani syarikat ayah saya yang lain.Kerja yang mencabar bagi saya adalah kerja menanam batu sempadan bagi pecah lot kerana melibatkan pengiraan yang agak rumit tanpa kulkulator program dan kerja ini memakan masa lebih dari 3 hari.

Mengira sempadan tanah yang baru
 Baru-baru ini saya ditugaskan untuk menanam batu sempadan di kawasan Kuala Berang yang melibatkan 3 lot.Kawasan ini agak 'berhantu' bagi saya kerana kesukaran saya mencari batu sempadan asal untuk digunakan sebagai 'datum' atau permulaan kerja dan juga kawasannya yang begitu sukar untuk pergi kerana semak yang tingginay paras dada selain bersebelahan dengan kawasan hutan.Walaupun bagitu,saya mampu tersenyum kerana berjaya menyiapkan kerja ini walaupun lebih dari waktu yang ditetapkan iaitu 4 hari kerana faktor cuaca yang tidak begitu mengizinkan.
Bersedia untuk masuk ke kawasan ukur

Susah payah untuk memasang alat
Bagi saya kerja ini susah kerana kita terpaksa untuk mengikat kesemua batu-batu sempadan yang berdekatan bagi digunakan sebagai 'baseline' dan 'third mark' bagi membuktikan bahawa kerja-kerja kita betul dan berada dalam julat ralat yang dibenarkan iaitu tidak lebih 0.040m bagi jarak dan 50" bagi bearing.Oleh sebab itulah bagi saya ini cukup mencabar bagi memastikan kerja yang saya lakukan adalah betul dan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan(JUPEM).Bagi wanita yang mengambil kursus ini pasti akan mengeluh kerana kerja ini membebankan dan sememangnya tidak sesuai untuk wanita.Biarpun kita selesai melakukan trabas untuk lot tersebut,kita masih lagi perlu melakukan kerja-kerja terabas bagi menentukan tempat yang betul untuk batu sempadan ditanam.

Gaya seorang kerani amatur
Terpaksa mengira di kedai makan..hehehehe

Kerja-kerja pengiraan bermula dengan bantuan kulkulator program
Begitulah kerja saya waktu cuti semester bagi mencari pengalaman kerja disamping mencari duit poket lebih.Walaupun kerja yang dilakukan tidak setimpal dengan gaji yang diperolehi,tetapi kepuasan dapat menyiapkan kerja ukur memang terbaik dan sukar untuk dibandingkan dengan melakukan kerja-kerja yang lain.Itulah yang saya ingin katakan....kepada sesiapa yang ingin mengambil sesuatu kursus...fikirkan betul-betul dan tanya kepada sesiapa yang pernah mengambil kursus tersebut.Nanti tidaklah rasa ingin menukar kursus kerana sukar.Ingat,tiada apa yang mudah dan percuma di dunia ini....

Bersama 'baby' yang bersamaan 10 buah kereta kancil

Sekian....
P/S:kepada sesiapa yang mengambil kursus ini mesti tahu apa yang saya ucapkan