As-salam....syukur...akhirnya dapat juga saya menghabiskan hari-hari pertama saya dengan jayanya apabila dapat berpraktikal sambil mengutip pengalaman di sebuah syarikat jurukur berlesen swasta yang bernama Jurukur Prograsif yang dimiliki oleh En. Haji Wan Abdul Latif.Kalau diikutkan syarikat ini sudah lama ditubuhkan..kalau tak silap saya lebih kurang 5 tahun.Pada waktu itu,penubuhan syarikat tersebut tidaklah begitu kukuh memandangkan syarikat itu baru ditubuhkan dan selepas 5 tahun,akhirnya syarikat tersebut memberanikan diri untuk berdikari sendiri.Pada waktu permulaan,syarikat tersebut terdiri daripada 5 orang staf dan 1 pasukan kerja luar.
HARI PERTAMA
Pada hari saya mendaftarkan diri,saya terus diberi taklimat oleh pemilik syarikat tersebut.Saya berpraktikal bersama-sama seorang kawan saya.Selepas diberi taklimat,kami terus diperkenalkan kepada staf-staf yang bertugas.Sejurus itu kami meminta kebenaran pemilik syarikat untuk pergi ke syarikat ayah saya bagi menyelesaikan beberapa tugasan mengenai praktikal yang akan kami lakukan.Selepas itu kami terus pulang kembali ke syarikat tersebut.
Pada hari pertama mungkin agak membosankan memandangkan kerja tidak banyak yang perlu dilakukan dek kerana waktu akhir bulan dan cuaca yang tidak menentu yang melanda di negeri Terengganu.Saya mengambil masa yang terluang dengan bertanya khabar dengan kawan saya terebut memandangkan hampir 2 bulan tidak bertemu.Macam-macam yang saya tanyakan seperti suasana ketika khemah ukur dilakukan dan mengenai pensyarah-pensyarah yang masih berada di UiTM.
Pada waktu petangnya kami diberi tugasan bagi mewarna pelan-pelan yang dimohon.Mewarna pelan dilakukan bagi membezakan antara lot-lot tanah yng dikehendaki,jalan yang sedia ada dan jalan yang diperuntukkan.Kami mengambil masa lebih kurang 2 jam memandangkan pelan-pelan tersebut banyak.Selesai sahaja kerja tersebut kami dibenarkan pulang seiring dengan tamatnya waktu pejabat iaitu pukul 5.15 petang.
HARI KEDUA
Pada hari kedua kami sepatutnya ditugaskan untuk melakukan kerja lapangan iaitu kerja-kerja mengambil offset bangunan di Kampung Pulau Manis,Telemong yang saya sendiri tidak pasti berada di mana.Oleh kerana cuaca di kawasan kerja tidak mengizinkan....kami terpaksa pulang awal.Lagipun jika kami masih menunggu di sana,mungkin hanya sia-sia.Oleh sebab itulah,kami terpaksa pulang sambil mengharapkan esok harinya mungkin kami dapat melakukan kerja-kerja lapangan memandangkan kami sendiri tidak sabar-sabar untuk menimba pengalaman.
Sekian sahaja....as-salam
Cari Blog Ini
Selasa, 22 November 2011
Jumaat, 18 November 2011
Jom Belajar Pepatah Arab
Kata pepatah...memang biasa kita sendiri dengar dari orang-orang tua bahkan dari cikgu kita sendiri.Pepatah memang wujud cukup lama dan diperturunkan dari generasi ke generasi sampailah generasi sekarang.Dahulu kata pepatah digunakan bagi memberitahu seseorang dengan cara memerli atau memberi semangat kerana orang dulu-dulu memang terkenal dengan ayat-ayat yang cukup berkias.Jika di negara-negara barat,pepatah dipangil "idioms" lebih kurang macam itulah....kalau di negara-negara arab dipangil "قول" atau kawull.Pada kali ini kita membicarakan tentang pepatah arab dan kalau yang belajar di negara-negara arab mungkin biasa dengan pepatah yang seperti ini...
Antaranya :
Sebagaimana dikatakan oleh para ulama, waktu itu adalah kehidupan, maka ia mesti dimanfaatkan pada sebaik-baik perkara. Sebaik-baik perkara itu pula adalah beribadat kerana Allah. Sesiapa yang membiarkan waktu-waktunya berlalu tanpa ingat dan zikir kepada Allah, maka ia adalah satu kerugian yang sangat besar.
Teringat pula lagu Raihan dan hadis nabi kita..."kejarla kamu kepada 5 perkara sebelum datang kepada kamu 5 perkara" iaitu:
Muda sebelum Tua Sihat sebelum Sakit Lapang sebelum Sempit Kaya sebelum Miskin Hidup sebelum mati
Antaranya :
مَنْ جَدَّ وَجَدَ
Terjemahannya : Siapa yang berusaha, maka dia akan dapat.
Maksudnya : Orang yang rajin akan berjaya. Jadi pepatah ni lahir daripada adat kebiasaan manusia, kalau seseorang itu ada matlamat dan rajin berusaha, maka dia akan dapat apa yang dia hajati. Pepatah yang ada makna lebih kurang dengan pepatah ni adalah :
مَنْ زَرَعَ حَصَدَ
Terjemahannya : Siapa yang menanam, maka dialah yang akan menuai hasilnya.
Maksudnya : Menurut adat kehidupan ni, seseorang yang menanam, maka dia jugalah yang akan menuainya. Dia yang berusaha, maka dia jugalah yang akan peroleh hasil tanamannya. Jadi pepatah ini juga satu simbol merujuk kepada sesiapa yang ada matlamat dan berusaha, maka dia akan peroleh apa yang dia hajat.
Sesiapa yang ingin berusaha mendapatkan sesuatu, maka pastikan "sesuatu" itu adalah perkara yang baik, berusaha... kerajinan itu adalah suatu kurniaan daripada Allah SWT bukan atas kehendak dan qudrat kita sendiri. Jadi apabila sedang berusaha dan setelah memperoleh "sesuatu" itu hendaklah disematkan di dalam hati semua itu atas izin Allah bukan atas usaha diri sendiri. Sebaik-baik usaha adalah beribadat kerana Allah, dan sebaik-baik hasil adalah redha Allah.
الوَقْتُ كَالسَّيفِ
Terjemahannya : Waktu itu diibaratkan seperti pedang yang tajam.
Maksudnnya : Waktu itu amat penting sekali dan ia akan berlalu dengan pantas sekali. Kadang-kadang kita sendiri tidak sedar yang waktu itu sudah berlalu kerana terlalu asyik dengan sesuatu pekerjaan yang melalaikan kita tambahan daripada pepatah ini yang berbunyi, jika kamu tidak memotongnya, maka dia akan memotong kamu". Bererti jika kita tidak memanfaatkan waktu dengan baik, maka ia akan berlalu begitu sahaja sehingga membuatkan kita menyesal apabila dikenang-kenangkan kembali. maka penyesalan kita itu seperti suatu "sembelihan" yang telah waktu lakukan ke atas kita.
Yang berdekatan dengan pepatah ini adalah :
الوقت من الذهب
Terjemahannya : Waktu itu sebahagian daripada emas.
Maksudnya : waktu itu sungguh berharga, sehinggakan harganya diumpamakan emas dan ada ketika ia lebih mahal daripada emas. sungguh tinggi sekali nilainya. Walaupun waktu itu mahal, setiap manusia memilikinya dan akan memilikinya, apabila sudah dimiliki maka mestilah ia dimanfaatkan dengan baik sekali supaya tidak berasa rugi apabila ia berlalu. Pastikan emas itu diniagakan dengan perniagaan yang menguntungkan supaya tidak berasa rugi apabila perniagaan sudah selesai. Pastikan waktu itu digunakan untuk perkara yang bermanfaat dan tidak dihabiskan kepada sesuatu yang merugikan kerana nilaian waktu itu amat tinggi.
Renung-renungkan dan selamat beramal...sekian
Rabu, 16 November 2011
Pasukan Kegemaranku
Fuhh....setelah sekian lama tidak mem'blog'..akhirnya dapat juga berkesempatan untuk menulis.Hari ini saya ingin memberitahu mengenai pasukan kegemaran saya dalam bidang bola sepak iaitu pasukan Manchester United atau lebih dikenali sebagai "The Red Devils".Boleh dikatakan saya agak fanatik dengan pasukan ini kerana setiap kali bermain "game" FIFA atau PES,saya mesti memilih pasukan ini.Walaupun pada waktu sekarang pasukan ini agak tidak konsistant dalam kejuaraan dalam negara iaitu BPL,tetapi saya tetap menaruh harapan yang pasukan ini mampu untuk berjaya sekali lagi seperti musim yang lepas.
Sedikit info mengenai kelab ini....Manchester United Football Club merupakan kelab bola sepak Inggeris terkenal, berpusat di Old Trafford di Trafford, Greater Manchester, dan juga merupakan salah satu kelab sukan terkenal dengan lebih 50 juta peminat di serata dunia .Manchester United adalah merupakan salah satu kelab yang berjaya di dunia, dengan telah memenangi Liga Perdana Inggeris/Divisyen Pertama Liga Bola Sepak Inggeris sebanyak 15 kali, Piala FA 11 kali (rekod kelab Inggeris), Piala Liga dua kali, Piala Eropah dua kali, Piala Pemenang Piala UEFA sekali, Piala Antara Benua (Intercontinental Cup) sekali, dan Piala Super Eropah (European Super Cup) sekali. Kelab ini juga memegang purata tertinggi kehadiran penonton didalam sejarah bola sepak Inggeris sepanjang 34 musim, dengan pengecualian pada tahun 1987-89 semasa pembangunan semula Old Trafford. Kelab ini juga mendapat tempat kedua dalam undian "Kelab FIFA Abad ke-20", di belakang Real Madrid(berasaskan undian pembaca dwi-bulanan Majalah FIFA pada Disember 2000).
1)Kehebatan Fergie atau Sir Alex Ferguson dalam menguruskan dan melatih pemain-pemain muda untuk menjadi pemain terbaik dunia.
2)Kehebatan Cristiano Ronaldo yang telah membawa kelab ini ke puncak kejayaan
3)Telah melahirkan pemain-pemain terbaik dunia iaitu Eric Cantona,Roy Keane,Ryan Giggs,Ruud van Nistelrooy,Cristiano Ronaldo,Nani,Wayne Rooney,Edwin van der Saar dan Nemanja Vidic
4)Merupakan antara kelab terkaya di dunia yang mampu menjana hampir £800 juta (lebih kurang $1.5 bilion atau RM5.5 bilion) setahun.
5)Telah memenangi banyak piala dan kejuaraan liga.
Saya mengenai kelab ini sewaktu saya berusia 12 tahun.Ketika itu saya menonton perlawanan bola sepak yang disertai kelab tersebut bersama abang saya.Saya melihat kelab ini begitu bagus dalam penguasaan bola dan hantaran jauh.Tidak disangka abang-abang saya pun adalah peminat kelab ini akan tetapi tidaklah sebegitu fanatik seperti saya.
Dari segi penajaan pada 23 November 2005 Vodafone telah menamatkan kontrak tajaan baju empat tahun £36 juta dengan Manchester United. Pada 6 April 2006, ketua eksekutif David Gill mengumumkanAIG sebagai penaja baju baru Manchester United dengan rekod baru kontrak penajaan baju sebanyak £56.5 juta untuk dibayar dalam tempoh empat tahun (£14.1 juta setahun). Manchester United kini mempunyai penajaan kedua terbesar di dunia selepas Juventus dari liga Itali, yang mendapat kontrak dengan Tamoil dengan akses lebihan £15 juta setahun.Perjanjian empat tahun ini telah diumumkan sebagai penajaan terbesar dalam sejarah British, mengatasi perjanjian antara Chelsea dengan Samsung.
Saya begitu berharap satu hari nanti saya dapat pergi ke stadium ini dan dapat berjumpa pemain yang begitu saya minati.Sampai disini sahaja...
Sekian...salam
![]() |
| Salah satu gergasi Eropah |
Semenjak tahun 1991, kelab ini telah beroperasi sebagai syarikat awam-berhad, dengan cubaan pengambilalihan oleh Rupert Murdoch pada tahun 1998 di sekat oleh Kerajaan British. Walau bagaimanapun, pada Mei 2005 Malcolm Glazer berjaya menyempurnakan pengambilalihan kelab dan mengeluarkan kelab dari senarai bursa saham.
Pengurus Manchester United pada ketika ini ialah Sir Alex Ferguson yang mengambil alih kelab pada 6 November 1986 setelah pemecatan Ron Atkinson. Kapten bagi Manchester United masa kini ialah Nemanja Vidic, mengambil alih dari Gary Neville pada 16 November 2005.
Saya begitu meminati kelab ini kerana beberapa faktor iaitu:-1)Kehebatan Fergie atau Sir Alex Ferguson dalam menguruskan dan melatih pemain-pemain muda untuk menjadi pemain terbaik dunia.
2)Kehebatan Cristiano Ronaldo yang telah membawa kelab ini ke puncak kejayaan
3)Telah melahirkan pemain-pemain terbaik dunia iaitu Eric Cantona,Roy Keane,Ryan Giggs,Ruud van Nistelrooy,Cristiano Ronaldo,Nani,Wayne Rooney,Edwin van der Saar dan Nemanja Vidic
4)Merupakan antara kelab terkaya di dunia yang mampu menjana hampir £800 juta (lebih kurang $1.5 bilion atau RM5.5 bilion) setahun.
5)Telah memenangi banyak piala dan kejuaraan liga.
Saya mengenai kelab ini sewaktu saya berusia 12 tahun.Ketika itu saya menonton perlawanan bola sepak yang disertai kelab tersebut bersama abang saya.Saya melihat kelab ini begitu bagus dalam penguasaan bola dan hantaran jauh.Tidak disangka abang-abang saya pun adalah peminat kelab ini akan tetapi tidaklah sebegitu fanatik seperti saya.
Dari segi penajaan pada 23 November 2005 Vodafone telah menamatkan kontrak tajaan baju empat tahun £36 juta dengan Manchester United. Pada 6 April 2006, ketua eksekutif David Gill mengumumkanAIG sebagai penaja baju baru Manchester United dengan rekod baru kontrak penajaan baju sebanyak £56.5 juta untuk dibayar dalam tempoh empat tahun (£14.1 juta setahun). Manchester United kini mempunyai penajaan kedua terbesar di dunia selepas Juventus dari liga Itali, yang mendapat kontrak dengan Tamoil dengan akses lebihan £15 juta setahun.Perjanjian empat tahun ini telah diumumkan sebagai penajaan terbesar dalam sejarah British, mengatasi perjanjian antara Chelsea dengan Samsung.
![]() |
| Sir Alex Ferguson mastermind kejayaan kelab |
![]() |
| Sir Ryan Giggs lagenda kelab |
![]() |
| Stadium Old Trafford gelanggang keramat kelab |
Sekian...salam
Selasa, 8 November 2011
Inilah Kerjaku
Jika ditanya pasal sains geomatik...semua orang pasti tak tahu malahada yang merendah-rendahkan kursus ini.Sains Geomatik atau nama saintifiknya adalah Ukur Tanah merupakan kerja-kerja pengukuran tanah.Sebelum terbinanya rumah,para jurukur akan turun ke tapak pengukuran bagi menentukan sempadan tanah atau ketinggian sesuatu tanah.Bagi saya yang mengambil kursus ini,kursus ini cukup mencabar kerana terpaksa berjemur di tengah panas dan bermalam di hutan.Oleh sebab itulah ramai perempuan tidak berapa menyukai kursus ini.Kadang-kadang pelik jugak kerana yang mengambil kursus ini kebanyakannya perempuan dari lelaki.Bukan untuk merendah-rendahkan perempuan tetapi kebanyakan LS(Licensed Surveyor atau Jurukur Berlesen) lebih gemar mengambil lelaki untuk berkerja kerana perempuan akan ditempatkan di bahagian pelan berbanding bahagian kerja luar yang banyak yang kosong.
Disebabkan saya anak seorang LS di Terengganu,saya mengambil kursus ini bagi mengambil alih syarikat ayah saya kerana adik-beradik saya yang lain di dedahkan dengan kursus yang lain iaitu perubatan.Saya telah didedahkan tentang ukur tanah semasa saya lepas SPM sewaktu ayah saya menghantar saya untuk pergi mengukur di dalam hutan berdekatan dengan Kuala Berang.Sekarang sudah 4 tahun saya dalam bidang ini boleh dikatakan saya mungkin cekap sehingga diberi kepercayaan oleh ayah saya mengendalikan satu pasukan ukur (kerani) dan diberi PA(pelan akui) yang sama seperti kerani-kerani syarikat ayah saya yang lain.Kerja yang mencabar bagi saya adalah kerja menanam batu sempadan bagi pecah lot kerana melibatkan pengiraan yang agak rumit tanpa kulkulator program dan kerja ini memakan masa lebih dari 3 hari.
Baru-baru ini saya ditugaskan untuk menanam batu sempadan di kawasan Kuala Berang yang melibatkan 3 lot.Kawasan ini agak 'berhantu' bagi saya kerana kesukaran saya mencari batu sempadan asal untuk digunakan sebagai 'datum' atau permulaan kerja dan juga kawasannya yang begitu sukar untuk pergi kerana semak yang tingginay paras dada selain bersebelahan dengan kawasan hutan.Walaupun bagitu,saya mampu tersenyum kerana berjaya menyiapkan kerja ini walaupun lebih dari waktu yang ditetapkan iaitu 4 hari kerana faktor cuaca yang tidak begitu mengizinkan.
Bagi saya kerja ini susah kerana kita terpaksa untuk mengikat kesemua batu-batu sempadan yang berdekatan bagi digunakan sebagai 'baseline' dan 'third mark' bagi membuktikan bahawa kerja-kerja kita betul dan berada dalam julat ralat yang dibenarkan iaitu tidak lebih 0.040m bagi jarak dan 50" bagi bearing.Oleh sebab itulah bagi saya ini cukup mencabar bagi memastikan kerja yang saya lakukan adalah betul dan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan(JUPEM).Bagi wanita yang mengambil kursus ini pasti akan mengeluh kerana kerja ini membebankan dan sememangnya tidak sesuai untuk wanita.Biarpun kita selesai melakukan trabas untuk lot tersebut,kita masih lagi perlu melakukan kerja-kerja terabas bagi menentukan tempat yang betul untuk batu sempadan ditanam.
Begitulah kerja saya waktu cuti semester bagi mencari pengalaman kerja disamping mencari duit poket lebih.Walaupun kerja yang dilakukan tidak setimpal dengan gaji yang diperolehi,tetapi kepuasan dapat menyiapkan kerja ukur memang terbaik dan sukar untuk dibandingkan dengan melakukan kerja-kerja yang lain.Itulah yang saya ingin katakan....kepada sesiapa yang ingin mengambil sesuatu kursus...fikirkan betul-betul dan tanya kepada sesiapa yang pernah mengambil kursus tersebut.Nanti tidaklah rasa ingin menukar kursus kerana sukar.Ingat,tiada apa yang mudah dan percuma di dunia ini....
Sekian....
P/S:kepada sesiapa yang mengambil kursus ini mesti tahu apa yang saya ucapkan
Disebabkan saya anak seorang LS di Terengganu,saya mengambil kursus ini bagi mengambil alih syarikat ayah saya kerana adik-beradik saya yang lain di dedahkan dengan kursus yang lain iaitu perubatan.Saya telah didedahkan tentang ukur tanah semasa saya lepas SPM sewaktu ayah saya menghantar saya untuk pergi mengukur di dalam hutan berdekatan dengan Kuala Berang.Sekarang sudah 4 tahun saya dalam bidang ini boleh dikatakan saya mungkin cekap sehingga diberi kepercayaan oleh ayah saya mengendalikan satu pasukan ukur (kerani) dan diberi PA(pelan akui) yang sama seperti kerani-kerani syarikat ayah saya yang lain.Kerja yang mencabar bagi saya adalah kerja menanam batu sempadan bagi pecah lot kerana melibatkan pengiraan yang agak rumit tanpa kulkulator program dan kerja ini memakan masa lebih dari 3 hari.
![]() |
| Mengira sempadan tanah yang baru |
![]() |
| Bersedia untuk masuk ke kawasan ukur |
![]() |
| Susah payah untuk memasang alat |
![]() |
| Gaya seorang kerani amatur |
![]() |
| Terpaksa mengira di kedai makan..hehehehe |
![]() |
| Kerja-kerja pengiraan bermula dengan bantuan kulkulator program |
![]() |
| Bersama 'baby' yang bersamaan 10 buah kereta kancil |
Sekian....
P/S:kepada sesiapa yang mengambil kursus ini mesti tahu apa yang saya ucapkan
Ahad, 30 Oktober 2011
Senjata Rifle yang Hebat
Jika kita sebut mengenai senapang 'rifle',terlintas di fikiran kita mengenai 2 senapang terhebat pada era 20-an iaitu M-16 dan AK-47.Bagi yang telah menjalani latihan PLKN,mesti tahu mengenai senapang ini kerana waktu latihan,senapang M-16 yang akan digunakan sebagai latihan lapangan.Bagi saya,kedua-dua senapang ini sungguh menarik dan menakjubkan dari segi reka bentuk dan kekuatan "fire power".Kedua-dua senapang ini bersaing sesama sendiri untuk menjadi senapang yang paling hebat di abad ini.Ini adalah sedikit info mengenai kedua-dua jenis senapang ini.
M-16
M-16
![]() |
| M-16 (BUATAN AMERIKA) |
M16 (rasmi Rifle, Caliber 5,56 mm, M16) penetapan Amerika Syarikat ketenteraan untuk raifal AR-15 yang disesuaikan untuk kedua-dua api semi-automatik dan automatik penuh. Colt membeli hak untuk AR-15 dari ArmaLite, dan pada masa ini menggunakan jawatan itu hanya untuk versi separa automatik senapang. M16 api-api 5,56 × 45mm NATO kartrij. Senapang memasuki perkhidmatan Tentera Darat Amerika Syarikat dan telah dikerahkan untuk operasi peperangan di hutan di Vietnam Selatan pada tahun 1963,menjadi senapang perkhidmatan standard tentera AS Perang Vietnam dengan tahun 1969, menggantikan raifal M14 dalam peranan tersebut. Tentera Darat Amerika Syarikat mengekalkan M14 di CONUS, Eropah dan Korea Selatan sehingga tahun 1970. Sejak Perang Vietnam, keluarga senapang M16 telah senapang perkhidmatan utama tentera Amerika Syarikat.M16 juga telah digunakan secara meluas oleh tentera lain di seluruh dunia. Pengeluaran Jumlah di seluruh dunia M16-gaya senjata sejak penubuhannya direka bentuk yang telah telah kira-kira 8 juta, menjadikannya yang senjata api yang paling-dihasilkan berkaliber itu. Seperti tahun 2010, M16 yang sedang secara berperingkat keluar di di Amerika Syarikat Tentera Darat, dan adalah digantikan dengan M4 carbine, yang dirinya derivatif dipendekkan daripada M16A2.M16boleh ditambah dengan permulaan carbine individu pada tahun 2014 jika perolehansenjata yang baru dicapai.Negara-negara yang telah mengguna pakai senjata ini adalah di antaranya:
Afghanistan,
Argentina: Used M16A1 in the Falklands,
Australia (M16A1)
Bangladesh
Barbados
Belize
Bolivia
Brazil
Brunei
Cambodia (M16A1)
Cameroon
Canada:
Chile
Costa Rica
Democratic Republic of the Congo
Denmark
Dominican Republic
East Timor
Ecuador
El Salvador (M16A1-M16A2)
Estonia
Fiji
France
Gabon
Israel
Republic of Korea
Liberia
Lithuania: Lithuanian Armed Forces.
Malaysia
Mexico
Monaco AK-47
AK-47 adalah api yang terpilih, kendalian gas 7,62 × 39mm serangan senapang, mula-mula dibangunkan di Kesatuan Soviet oleh Mikhail Kalashnikov. Ia secara rasmi dikenali sebagai Avtomat Kalashnikova (Автомат Калашникова). Ia juga dikenali sebagai satu Kalashnikov, "AK", atau dalam slang Rusia, Kalash.Kerja-kerja reka bentuk pada AK-47 yang bermula pada tahun lepas Perang Dunia II (1945). Selepas perang pada tahun 1946, yang AK-46 telah dibentangkan bagi ujian pegawai tentera. Pada tahun 1947 versi tetap saham yang diperkenalkan ke dalam perkhidmatan dengan unit-unit pilih Tentera Soviet. Satu perkembangan awal reka bentuk adalah Aks (S-Skladnoy atau "lipatan"), yang dilengkapi dengan underfolding bahu saham logam. Pada tahun 1949, AK-47 telah diterima secara rasmi oleh Angkatan Tentera Soviet dan digunakan oleh kebanyakan negara-negara ahli Pakatan Warsaw.Asal AK-47 merupakan salah satu "senapang serangan" benar pertama untukdikilangkan, selepas Sturmgewehr asal 44. Walaupun selepas enam dekad model dan varian kekal senapang serangan yang digunakan secara meluas dan popular di dunia kerana ketahanan mereka, pengeluaran kos rendah, dankemudahan penggunaan. Ia dikilangkan di banyak negara dan telah menyaksikan perkhidmatan dengan angkatan tentera serta pertubuhan-pertubuhan revolusioner dan pengganas di seluruh dunia. AK-47 adalah asas untuk membangunkan banyakjenis lain individu dan berkhidmat kru senjata api. Lebih senapang AK-jenis telah dihasilkan daripada semua senapang serangan lain yang digabungkan.Menembak kartrij 7.62x39mm, AK-47 menghasilkan kesan mencederakan ketara apabila peluru dan serpihan dalam tisu tetapi ia menghasilkan luka yang agak kecil apabila peluru keluar badan. ANTARA PERBEZAAN ANTARA KEDUA
NEGARA YANG MENGGUNAKAN
![]() |
| AK-47 |
| Rifle | Cartridge | Caliber | Cartridge weight | Bullet weight | Velocity | Energy | Effective range | Accuracy | Penetration (Ballistic gelatin) |
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| M16 | M193 | 5.56x45mm | 183 gr (11.9 g) | 55 gr (3.6 g) | 3,280 ft/s | 1,314 ft-lbs | 460 meters | <2 inches@100 meters | ~15 inches@10 meters |
| AK-47 | M43 | 7.62x39mm | 281 gr (18.2 g) | 123 gr (8.0 g) | 2,400 ft/s | 1,560 ft-lbs | 350 meters | 2–4 inches@100 meters | ~26 inches@10 meters |
Worldwide usage
SEKIAN......
Langgan:
Catatan (Atom)












