Cari Blog Ini

Khamis, 27 Oktober 2011

Perjalanan Dalam Hidup Part 2

Untuk meringkaskan cerita yang tak seberapa ringkas ini...saya tinggal dan beribadat di kota Nabi selama seminggu...banyak pengalaman dan info yang dapat saya kutip selama saya tinggal di sana seperti dapat merasa kebab yang original tapi mahal dan dapat makan nasi mandy....memang menarik......

Untuk ziarah pulak,rombongan saya pergi ke Bukit Uhud yang semua sedia maklum menjadi saksi antara perang Nabi Muhammad S.A.W menentang orang musyrikin.Di sini juga terletak tanah perkuburan para syuhada termasuklah bapa saudara Nabi kita sendiri iaitu Saidina Hamzah.Sayu apabila terkenangkan peristiwa tersebut.Saya perasan juga yang ada yang menangis di tanah kuburan itu.Selepas itu,rombongan saya pergi ke Masjid Qiblataian iaitu masjid yang mempunyai 2 arah kiblat.Cerita disebalik masjid ini sungguh menarik kerana masjid ini mempunyai 2 arah kiblat.1 menuju ke Kaabah dan lagi 1 menuju ke Masjid Al-Aqsa di Palestin.

Selepas selesai bersiap-siap,maka saat yang ditunggu sudah tiba.Rombongan saya akan berangkat ke Makkah.Perjalanan yang mengambil masa 8 jam terasa begitu cepat dek kerana keinginan yang tinggi untuk berada di rumah Allah.Selepas berniat ihram di miqat,rombongan saya terus bertolak ke Masjidil Haram yang terletak 20km dari miqat tersebut.Sampai sahaja di tempat penginapan...saya dan ayah saya terus pergi ke Masjidil Haram untuk menunaikan umrah,tawaf selamat datang dan solat hajat disana.Pertama kali saya melihat Kaabah di depan mata,saya menangis kerana tidak menyangka akhirnya dapat juga saya menjejakkan kaki ke tanah suci setelah sekian lama memendam hasrat untuk pergi ke sana.

Sewaktu saya pergi ke Makkah,Masjidil Haram masih dalam proses menaik taraf bangunan dan tempat sai'e.Hampir semua hotel di kawasan sekitar dirobohkan kecuali Hotel Hilton yang terletak di pintu masuk masjid.Aktiviti pagi saya dipenuhi dengan membaca Al-Quran,solat hajat dan sunat serta jika berkesempatan melaksanakan ibadah umrah.Di waktu malam pula,saya dan ayah saya berjalan-jalan di sekitar bandar Makkah ditemani kawan ayah saya yang sememangnya begitu arif dengan kawasan Maakah.Nama beliau adalah Haji Rusdi.Beliau juga yang telah membawa kami makan nasi mandy yang lazat serta makan aiskrim arab.Oleh kerana waktu malamnya begitu singkat berbanding Malaysia,kami terpaksa menyingkatkan masa lawatan kami pada waktu malam.

Kaabah sedang dibaik pulih

Sempat merakam dari jauh
Hari terakhir saya di sana,saya dapat mencium batu hitam di Kaabah yang dikenali sebagai Batu Hajarul Aswad.Saya tidak menyangka dalam lautan manusia yang berebut-rebut ingin mencium batu tersebut,saya berjaya mencium batu itu.Selepas selesai menunaikan tawaf selamat tinggal,saya dan ayah saya terus ke tempat penginapan untuk mengemaskan barang-barang kami untuk pulang ke tanah air.Sewaktu meninggalkan Masjidil Haram,hati saya begitu sayu dan sebak kerana terpaksa meninggalkan tempat suci itu.Hati saya merasakan suatu kelainan apabila berada di dalam masjid tersebut.

Kami berangkat meninggalkan kota suci Makkah dengan menaiki bas untuk ke lapangan terbang di Jeddah.Selepas selesai urusan dengan imigresen,rombongan saya terus meninggalkan tanah suci tersebut.Sebelum saya masuk ke dalam kapal terbang,saya sempat menoleh ke arah matahari jatuh dan saya berkata dalam hati yang saya akan datang ke sini lagi jika diberi peluang.Rombongan saya menaiki pesawat Sri Lankan Airways dan terpaksa 'transit' di Sri Lanka sekali lagi sebelum pulang ke Kuala Lumpur.Sesampai sahaja saya di rumah,saya menjadi orang yang baru dengan kepala yang botak.

Sememangnya umrah kali ini saya pergunakan sebaik-baiknya dengan meng'khatam'kan Al-Quran dan berjaya melaksanakan ibadat umrah sebanyak 3 kali.Saya berharap pada waktu yang akan datang,saya dapat lagi menjejakkan kaki ke tanah suci.Inshallah kali ini mungkin dengan gelaran 'haji'.Walau apapun terjadi,saya hanya mampu berdoa untuk pergi lagi ke sana.
Bersamalah kita memohon untuk dapat pergi ke sana
Sekian


Isnin, 24 Oktober 2011

Perjalanan Dalam Hidup Part 1

Hari ini merupakan 28 Zulkaedah...bermakna 4 hari lagi sebelum ayah,mak,abang dan kakak ipar bakal berangkat ke tanah suci Mekah.Ini juga bermakna dalam seminggu lagi kita akan merayakan Hari Raya Qurban.Bagi mak dan ayah,ini merupakan kali ke-3 menjejakkan kaki ke tanah suci bagi menunaikan haji dan bagi abang dan kakak ipar merupakan kali pertama menjejakkan kaki ke tanah suci.Ini mungkin memberikan satu kelainan bagi mereka kerana Masjidil Haram sekarang baru selesai dinaikkan taraf dan ruang solat diperbesarkan.Mereka merupakan jemaah haji bagi panggilan yang terakhir memandangkan abang terpaksa menyelesaikan beberapa urusan berkaitan kerjanya.Kali pertama ayah dan mak saya pergi ke sana adalah pada tahun 1990 iaitu pada saya berusia beberapa bulan.Mungkin bagi saya susah untuk mengerti apa-apa pada waktu itu akan tetapi pada tahun 2009 yang merupakan kali de-2 mereka pergi,saya menangis semahu-mahunya kerana tidak mahu berpisah dengan mak dan ayah.Walaupun ditenangkan oleh mak saudara saya sendiri...saya begitu berat untuk melepaskan mereka ke sana.
Masjidil Haram...begitu dirindui

Masih ingat lagi kali pertama saya menjejakkan kaki ke tanah suci pada tahun 2008 iaitu selepas SPM.Sesuatu pengalaman yang sukar dilupakan kerana ini adalah impian saya sejak kecil untuk pergi melihat Kaabah di depan mata saya sendiri.Saya bertolak ke sana ditemani oleh ayah saya sendiri bagi memberi bimbingan kerana kali pertama ke sana.Bertolak dari KLIA menerusi penerbangan Sri Lankan Airways,saya dan ayah terpaksa bermalam di pinggir bandar Sri Lanka iaitu bandar Nirgambo.Di sana saya sempat berbual dengan beberapa orang penduduk di sana yang menceritakan peristiwa hotel yang menginap dilanda thusnami.Memang seram sejuk apabila mendengar kisah mereka kerana tempat mereka dinaiki air setinggi paras pinggang.Ini menyebabkan seorang wanita tua meninggal kerana lemas.Saya juga berjalan-jalan di sekitar hotel saya dan saya perasan 1 benda yang menarik minat saya iaitu masjid dan gereja di sana terletak sebelah menyebelah dan masyarakat di sana hidup aman tanpa memikirkan soal berlainan agama.Ini menandakan walaupun berlainan agama,mereka masih boleh menjalankan hidup seperti biasa.Kesan daripada thusnami memang meninggalkan kesan yang begitu mendalam dalam setiap masyarakat di sana.Lewat petang,saya melihat ramai kanak-kanak bermain kriket sambil saya memerhatikan keindahan matahari terbenam di Sri Lanka.Sungguh menakjubkan apabila melihat ciptaan Allah.
Suasana di sana yang sungguh mengasyikkan

Selepas 1 malam saya di Sri Lanka,maka rombongan saya terus berangkat ke tanah suci melalui penerbangan Sri Lankan Airways dari Colombo ke Jeddah yang mengambil masa lebih kurang 3 jam.Sampai sahaja saya di Jeddah saya merasakan 1 perasaan yang bercampur baur.Mau sahaja saya sujud syukur di sana kerana akhirnya dapat jugak saya menjejakkan kaki ke tanah suci.Sampai sahaja di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz,saya dan ayah saya terus ke kaunter kastam dan sememangnya begitu ramai orang yang ingin menunaikan umrah yang lengkap berpakaian ihram.Rombongan saya tidak perlu lagi memakai ihram kerana rombongan saya akan bertolak ke Madinah dahulu sebelum ke Makkah.Selepas selesai semua urusan di kaunter saya dan ayah saya terus ke bas.Waktu di Jeddah sudah menunjukkan waktu pukul 10 malam sedangkan waktu di jam saya menunjukkan waktu 5 pagi waktu malaysia.Tidak hairanlah saya begitu mengantuk apabila tiba di sana.


Selepas itu rombongan saya terus keluar dari Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz dan destinasi yang dituju adalah Kota Nabi Muhammad iaitu Kota Madinah.Perjalanan ini mengambil masa lebih kurang 8 jam melalui jalan darat.Jika dibandingkan....Jeddah memang dekat dengan Makkah tetapi jauh dengan Madinah.Lebih kurang pukul 12 tengah malam,kami berhenti sebentar bagi mengisi perut dan membuat segala urusan yang masih belum selesai.Selepas itu kami terus bertolak ke Madinah dan tiba di kota Nabi pada pukul 5 pagi.Setelah itu,kami diberikan bilik penginapan masing-masing dan saya tinggal bersama ayah dan juga seorg kawan ayah saya.Selepas mandi,saya,ayah dan kawan ayah saya terus turun ke bawah dan pergi ke Masjid Nabawi yang terletak lebih kurang 500 meter dari tempat yang saya tinggal.Sememangnya suasana di sana begitu berbeza.Saya juga bersyukur kerana akhirnya dapat juga pergi ke Masjid Nabawi.


sampai di sini dahulu..nantikan sambungannya nanti

Rabu, 19 Oktober 2011

Jom Belajar Selok Belok Photography

Bila ditanya pasal kamera...sumua orang tahu mengenainya.Akan tetapi,tahukah macam mana hendak menghasilkan gambar tanpa meng'edit'.Bagi yang masih awal didalam bidang photografer, tiga sukar bagi kita untuk menghasilkan gambar yang 'wow' dimata umum. Ada tiga aspek mudah tetapi amat penting yang kita harus kuasai bagi menghasilkan gambar yang cantik.

Ketepikan persoalan angle. Dan ayuh kita tumpukan perhatian terhadap gadget yang ada ditangan itu.

Apa ada pada
 ISO?

Bagi fotografi digital, ISO ditakrif sebagai kesensitifan sensor kamera terhadap cahaya. Semakin besar nombor, maka semakin sensitif sensor/filem terhadap cahaya. begitulah juga sebaliknya, semakin rendah nombornya maka semakin kurang sensitif sensor/filem terhadap cahaya.


Jika anda cermati baik-baik, gambar ini banyak (bising) lantaran menggunakan ISO yang tinggi

ISO yang rendah biasanya digunakan semasa kita menggambar objek atau subjek yang mempunyai cahaya persekitaran yang terang (bright ambient light). ISO yang tinggi pula digunakan dalam persekitaran yang suram atau kelam pencahayaannya atau semasa kita hendak menggambar objek yang bergerak laju. Tapi, imej kita akan dimonopoli oleh noise (bintik-bintik yang tidak dikehendaki) yang akan menjejaskan kualiti imej.

Apa pula Shutter Speed?

Shutter Speed ialah tempoh bukaan shutter semasa kita menggambar.

Bagi fotografi analog, ia ditakrif sebagai tempoh filem didedahkan (exposed) kepada objek yang digambar. Begitu juga dari aspek fotografi digital. Cuma filem digantikn dengan sensor.

Ini antara contoh gambar yang saya bermain dengan shutter speed. Air kita boleh pegunkan.

Shutter Speed diukur dalam unit saat. Atau dalam kebanyakan keadaan ia diukur dalam unit per seratus bahkan per seribu saat. Dalam kamera, sekiranya ditunjukkan nombor 20", ia bermaksud sensor akan didedahkan selama 20 saat. Sekiranya nombor 20 ditunjukkan, ia bermaksud sensor akan didedahkan selama 1/20 saat. Kebanyakan kamera mempunyai shutter speed bermula dari 30 saat hingga 1/8000 saat.

Pemilihan shutter speed bergantung kepada Peraturan Ibu Jari (Rule of Thumb) yang menyatakan shutter speed adalah bersamaan atau laju daripada 1/(panjang focal lens) saat. Contohnya jika anda menggunakan lens 200mm, maka anda perlu menggunakan shutter speed MINIMUM 1/200saat untuk mendapatkan imej yang tajam (sharp). Namun, peraturan ini semakin dilupakan atau tidak diaplikasi semenjak teknologi penstabilan imej samada Image Stabilizer (IS Canon) mahupun Vibration Reduction (VR Nikon).

Aperture: Apa ni?

Secara umumnya, aperture ialah saiz bukaan lensa. Ia diukur dalam unit fX.Y. Dimana X dan Y adalah nombor contohnya f1.2, f1.4, f2, f2.8 dan seterusnya.


Semasa kita mengklik shutter, lensa akan membuka bilah aperture (blades) untuk membenarkan cahaya masuk menuju ke sensor. Semakin rendah nilai nombornya, maka semakin besar bukaan bilah. Justeru, semakin banyak cahaya yang masuk. Begitu juga sebaliknya. Semakin tinggi nilai nombornya, maka semakin kecil saiz bukaan bilah. Justeru semakin sedikit jumlah cahaya yang masuk.

Pemilihan nilai aperture berkait rapat dengan satu istilah yang sering dimanipulasi oleh fotografer-fotografer profesional untuk menghasilkan imej yang ada unsur WOW!!!. Istilah tersebut ialah Depth of Field (Kedalaman Medan). Secara umumnya, DOF ialah medan / bahagian / zon dalam imej yang dalam fokus (In focus).

Kesimpulannya, ketiga-tiga unsur
 ISO, Shutter Speed dan Apertureberkait rapat antara satu sama lain dalam menghasilkan imej yang baik. Pengubahan salah satu unsur memerlukan anda mengubah sama ada 1 atau 2 unsur yang lain untuk mendapatkan exposure yang baik (tanpa menggunakan flash).

Sebelum itu, sedikit perkongsian tentang Depth of Field (DOF) yang amat berkait rapat dengan aperture.

Apa
 DOF?

DOF bolehlah ditakrifkan sebagai medan atau ruang yang berada di dalam zon fokus dalam imej. Jadi, apakah perkaitan DOF dengan Aperture?

Sebenarnya, DOF berkait rapat bukan hanya dengan Aperture tetapi juga dengan Panjang Focal (Focal Length) sesebuah lensa yang digunakan dan Jarak antara sensor dengan objek.

Persoalannya? Apa kepentingan DOF dalam fotografi?

DOF sangat berguna jika kita ingin memanipulasi PENEGASAN dalam imej yang ingin kita gambar (capture). Umumnya, fotografer lanskap akan menggunakan aperture yang kecil (nombor F yang besar) kerana imej yang ingin dihasilkan biasanya ingin menunjukkan perincian (detail) pada hampir keseluruhan imej (corner to corner detail).

Manakala, fotografer potret (portraiture) akan biasanya menggunakan aperture yang besar (nombor F yang kecil) untuk "memisahkan" objek daripada latar belakang.

Cuba memanfaatkan Aperture dan DOF

Penghasilan DOF yang kecil (shallow) akan menjadikan latar belakang "kabur" atau blur. situasi latar belakang yang kabur atau hilang disebut sebagai "bokeh".


Sekian.....selamat belajar

Ahad, 16 Oktober 2011

Sejarah Bermula part 2

Sambungan dari kisah yang sebelum ini,3 tahun saya menabur bakti di sekolah tersebut.Walaupun dengan keputusan PMR yang mungkin agak memuaskan dengan 6A,2B...rezeki saya masih di sekolah tersebut.Mungkin  ada hikmahnya saya masih di situ.Masuk sahaja tingkatan 4,saya terus memegang peranan sebagai pengawas.Akan tetapi peranan ini bertambah besar dengan memegang tanggungjawap sebagai Ketua Pengawas Tingkatan 4.

Masih di kelas yang paling depan,kawan-kawan yang bersama 3 tahun sebelum ini silih berganti.Masing-masing membawa harapan keluarga masing-masing untuk berjaya sedangkan saya di sini masih terkapai-kapai mencari semangat untuk belajar kembali.Dengan keluarnya ramai kawan-kawan saya ke sekolah berasrama penuh,maka yang diganti pun lebih kurang sama banyak dengan yang keluar.Perangai pun masing-masing berbeza.Latar Belakang pun berbeza....Memang jauh berbeza jika hendak dibandingkan dengan kawan-kawan sebelum ini.

2 tahun bersama dengan kawan-kawan yang baru....2 tahun itulah macam-macam perkara yang terjadi yang memang susah untuk dilupakan.Kenangan pahit dan manis bersama memang susah untuk dilupakan.Selepas SPM...semua orang membawa diri masing-masing dengan keputusan yang diperolehi termasuklah saya sendiri.Saya melanjutkan pelajaran di universiti tempatan berbanding adik beradik yang lain yang masing-masing belajar di Mesir,Russia dan Indonesia.Inshallah mungkin masa degree nanti...saya mungkin dapat pergi ke oversea.

Belajar di UiTM banyak mengajar saya erti tanggungjawap kepada keluarga.Menjadi harapan keluarga kerana hanya saya seorang yang mengambil jurusan yang sama bidang dengan pekerjaan ayah saya membuatkan diri ini bertekanan untuk menunjukkan hasil yang terbaik untuk ayah sendiri.Tekanan itulah saya cuba gunakan sebagai dorongan untuk terus belajar dan belajar.Bukan senang bile berjauhan dengan keluarga....macam-macam dugaan yang datang menimpa.Apa yang terjadi kepada saya di UiTM,saya cuba untuk rahsiakan bagi mengelakkan keluarga lebih risaukan saya memandangkan saya ini jenis yang agak kelam kabut dan suka sangat ambik mudah sesuatu hal.Mungkin sebab itulah saya masih tersadai di UiTM memikirkan bilakah tibanya masa saya untuk berjaya seperti yang lain.

3 tahun di Arau,Perlis memang banyak mengajar saya erti survivor kerana disana kita berseorangan untuk meneruskan perjuangan.Kawan-kawan satu jurusan hanya pada kelas dan kerja lapangan tetapi apabila kita masih ada subjek yang sangkut...memang kawan tersebut akan meninggalkan kita dan takkan menunggu kita.Oleh kerana itulah apabila saya sendiri mengalami kes yang sedemikian....morale saya cukup down memikirkan apa yang patut saya mamberitahu kepada keluarga sendiri dan juga macam mana saya handak berhadapan dengan kawan-kawan saya yang sudah maju 1 langkah berbanding dari saya...

Ayat yang mengatakan bahawa saya ini tak perlu risau kerana boleh kerja dengan ayah sendiri memang tak betul.Kalau difikirkan secara logik...nak ke ayah sendiri mengambil anaknya yang belum lagi tamat pengajian dan masih terkial-kial dengan jurusan yang diambil....saya sendiri bila mendengar hanya mampu menundukkan kepala sambil berkata "kalaulah kau berada di tempat aku..baru tahu macam mana azabnya"....menjadi anak kepada ayah yang mempunyai syarikat sendiri bukan bermakna kita betul-betul layak untuk mewarisinya kembali.....Apa-apa pun..biarlah masa yang menentukan semuanya...saya hanya mampu berserah kepada Allah......Sekian

Jumaat, 14 Oktober 2011

Sejarah Bermula part 1

Tanggal 23hd Januari tahun 1990 pada pukul 2.30 pagi lebih kurang saya dilahirkan di dunia.Lahir di Malaysia dan Kuala Terengganu membuatkan diri ini laak menjadi rakyat Terengganu dan Malaysia amnya.

Dalam semua adik beradik,saya adalah paling berat.Akan tetapi duhulu sememangnya saya antara yang terberat dan tergemuk...tetapi sekarang memang jauh berbeza....dahulu gemuk..sekarang kurus.hehehe....jauh sangat berbeza.

                                                                  diriku time 6 tahun
                                                                        (cute kan)


Selepas tamat pengajian di Pasti Kampung Darat Pak Chan,saya meneruskan pengajian di peringkat seterusnya dengan memasuki darjah 1 di Sekolah Kebangsaan Marang.Sememang banyak kenangan pahit dan manis termasuklah didenda cikgu akibat tidak siapkan kerja sekolah.Biasela,budak-budak memang banyak bermain.hehehe...Bila kenangkan balik,memang seronok.Tak ada masalah bukan seperti sekarang.

Selepas 6 tahun menabur bakti sebagai pengawas sekolah di sekolah tersebut,maka saya pun masuk lah ke tingkatan 1 di sekolah yang berdekatan iaitu Sekolah Kebangsaan Tengku Lela Segara,Marang.Di sana saya berjumpa dengan ramai kawan-kawan yang baru yang datang dari sekolah-sekolah yang berdekatan.Kawan yang baru..maka perangai pun macam-macam....

Nasib baik dengan keputusan UPSR yang agak baik, saya dapat duduk di kelas yang di depan sekali.Semakin depan kelas kit,semakin kuatlah persaingan dalam pelajaran.Dalam kelas.terpaksalah menjadi underdog kerana tak nak terlampau menonjol sangat.Tambah-tambah dengan jawatan yang baru disandang iaitu pengawas sekolah sesi petang.

Hmm..sampai setakat ini dululah....ini saja yang mampu....harap-harap dapatlah feed back dari orang lain